Raudhah Islamic School Logo
REGISTER NOW!

Luaskan Jenama Anda Bersama Komuniti Raudhah Islamic School

Raudhah Islamic School, sebuah institusi pendidikan yang berorientasikan holistik, pendidikan Islam, dan personaliti cemerlang, membuka pintu kolaborasi kepada mana-mana syarikat, badan korporat, organisasi, atau individu yang berminat untuk berkerjasama dalam pelbagai program dan aktiviti sekolah sepanjang tahun. Kolaborasi ini bukan sahaja memperlihatkan sokongan komuniti, malah ia merupakan peluang strategik untuk meluaskan jenama anda dalam kalangan komuniti sasaran yang kukuh.

Sasaran Komuniti: Potensi Perniagaan yang Luas

Komuniti Raudhah Islamic School terdiri daripada ibu bapa, guru, dan murid dari tiga cawangan utama yang merangkumi kawasan strategik seperti Kajang, Semenyih, dan Putrajaya. Kewujudan di lokasi-lokasi tumpuan ini memberikan prospek perniagaan yang besar untuk pelbagai kategori perniagaan anda.

Dengan populasi ibu bapa muda dan profesional yang berpendidikan serta mempunyai perbelanjaan isi rumah yang stabil, mereka secara langsung menjadi pelanggan tetap yang sesuai untuk produk dan perkhidmatan anda. Kolaborasi ini adalah laluan terus untuk menembusi pasaran yang sentiasa berkembang dan mempunyai daya beli.

Sumbangan Melalui Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)

Selain dari potensi perniagaan, kolaborasi bersama Raudhah Islamic School juga merupakan platform terbaik untuk melaksanakan inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikat anda. Pihak korporat dijemput untuk menyalurkan sumbangan dalam bentuk kewangan, peralatan, latihan, atau kepakaran yang memberi manfaat langsung kepada pembangunan murid dan sekolah.

Melalui CSR, anda bukan sahaja membantu memperkasa agenda pendidikan dan sahsiah murid, tetapi juga dapat memupuk imej positif jenama anda sebagai entiti yang cakna dan bertanggungjawab terhadap pembangunan masyarakat. Kepercayaan dan kesetiaan komuniti terhadap jenama anda akan meningkat apabila mereka melihat sumbangan anda yang berterusan.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di talian 012-288 2600 (Puan Maisurah).