Sekolah adalah tempat asas pembentukan ilmu, akhlak dan jati diri seorang anak. Sekolah Rendah Integrasi Ar Raudhah hadir sebagai sebuah institusi pendidikan yang menekankan keseimbangan antara kecemerlangan akademik dan pembinaan sahsiah Islam. Di sini, murid-murid bukan sahaja dididik untuk cemerlang dalam pelajaran, malah dibimbing untuk menjadi insan yang berakhlak mulia, berdisiplin serta mempunyai nilai kepimpinan.
Pendekatan pembelajaran di Ar Raudhah menggabungkan pendidikan kebangsaan dengan pendidikan KAFA di bawah Jabatan Agama Islam Selangor. Murid didedahkan dengan suasana pembelajaran yang kondusif, aktiviti kokurikulum yang membina keyakinan diri, serta bimbingan guru-guru yang berpengalaman dan berdedikasi.
Berikut perkongsian ringkas daripada Duta Sekolah Rendah Islam Integrasi Ar Raudhah.
Bagi ibu bapa yang mencari pendidikan yang seimbang untuk anak-anak, Sekolah Rendah Islam Integrasi Ar Raudhah adalah pilihan yang tepat dalam membentuk masa depan yang cemerlang.
Untuk info lanjut berkaitan sekolah, sila hubungi admin kami :
012-288 2600 - Kampus Putra Kajang, Kajang
012-269 2600 - Kampus Vista Valley, Semenyih