25 June 2025 - Raudhah Islamic Sdn Bhd telah mengambil peluang membuka booth sempena Mesyuarat Agung Perwakilan (MAP) PUSPANITA Kali ke-43 yang diadakan pada hari ini di Dewan De' Seri Endon, PUSPANITAPURI. Penyertaan Raudhah ini bertujuan untuk mengukuhkan lagi jenama Raudhah di kalangan penjawat awam wanita dan sekaligus mempromosikan sekolah-sekolah di bawah Raudhah Islamic Sdn. Bhd.
Pada masa akan datang, kami merancang untuk menjalinkan hubungan strategik bersama PUSPANITA bagi menarik minat ibu bapa penjawat awam memilih Raudhah sebagai hub pendidikan anak-anak mereka.