Assalamualaikum wbt,
Kami di Raudhah Islamic School ingin mengajak semua ibu bapa serta warga komuniti untuk menunaikan Zakat Fitrah bersama kami tahun ini. Alhamdulillah, pihak sekolah telah dilantik secara sah sebagai Penolong Amil oleh Lembaga Zakat Selangor di bawah nama:
Sekolah Rendah Islam Integrasi Ar Raudhah
🪶 No. Ejen: 8392
Melalui pelantikan ini, pihak sekolah diberi amanah untuk membantu urusan kutipan Zakat Fitrah bagi memudahkan para ibu bapa melaksanakan tanggungjawab berzakat dengan lebih mudah, cepat dan selamat.
💠 Bayaran Zakat Fitrah boleh dibuat secara atas talian melalui pautan berikut:
👉 Klik di sini untuk bayar Zakat Fitrah
Untuk pengesahan pelantikan Penolong Amil, boleh rujuk laman rasmi Lembaga Zakat Selangor di pautan berikut:
🔗 Semak di sini
Semoga Allah menerima dan memberkati setiap sumbangan anda.