Pemakanan yang sihat adalah asas kepada tumbesaran, kecergasan dan kesejahteraan emosi anak-anak kecil. Makanan bukan sekadar untuk mengenyangkan tetapi ia adalah bahan bakar penting untuk minda yang aktif dan tubuh yang sihat.
Setiap hari, anak-anak di RCC menikmati 4 kali waktu makan yang seimbang dan dirancang dengan teliti.
- Morning Booster - Kismis disajikan untuk memulakan hari dengan tenaga dan semangat.
- Breakfast/Sarapan - Hidangan utama pagi yang mengandungi karbohidrat, protein dan sayur-sayuran untuk menyokong tumpuan semasa aktiviti awal hari.
- Lunch/Makan Tengahari - Hidangan tengah hari lengkap dengan nasi, lauk seimbang, sayur, dan buah untuk memastikan anak-anak kenyang dan bertenaga sepanjang hari.
- Teatime/Minum Petang - Kudapan petang yang sihat seperti biskut, roti, karipap popia dan lain-lain bagi menutup hari dengan ceria.
Waktu makan di Raudhah Children Centre turut menjadi masa pembelajaran berharga dimana anak-anak diajar tentang adab makan, cara menggunakan peralatan makan, serta pentingnya menghargai rezeki.
Di RCC, kami bukan sekadar menyajikan makanan tapi kami juga mendidik tabiat makan sihat sejak kecil, kerana kami percaya anak yang sihat akan membesar menjadi individu yang ceria, kuat dan berkeyakinan.
Jika anda ingin anak anda belajar dengan cara yang menyeronokkan, kreatif dan menyentuh semua aspek perkembangan, RCC adalah tempatnya.
📞Hubungi Teacher Aanis untuk maklumat pendaftaran di 010 394 2600