Program Badminton Inter-Campus Raudhah Islamic School 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada Sabtu, 7 Februari 2026, bertempat di DMS, Beranang, bermula seawal 7.30 pagi hingga 2.00 petang. Program ini berjaya menghimpunkan warga Raudhah Islamic School dari pelbagai kampus dalam suasana yang penuh semangat, kemeriahan dan ukhuwah.
Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Nushi Mahfodz, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, yang turut turut memberi sokongan kepada anak-anak dalam ucapan beliau. Kehadiran beliau jelas menambahkan lagi seri dan nilai kepada program yang dianjurkan.
Keunikan kejohanan ini terletak pada penyertaan ibu bapa dan anak-anak sebagai pemain, sekali gus menjadikan acara ini lebih daripada sekadar pertandingan sukan. Ia menjadi platform untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan, membina kerjasama antara ibu bapa dan sekolah, serta memberi pengalaman bermakna kepada anak-anak dalam suasana sihat dan positif.
Sepanjang program berlangsung, suasana dewan dipenuhi sorakan, gelak tawa dan semangat kesukanan yang tinggi. Para pemain mempamerkan disiplin, sikap saling menghormati serta semangat juang yang sihat, selari dengan objektif program untuk memupuk semangat kesukanan dan nilai murni dalam kalangan warga sekolah.
Secara keseluruhannya, Badminton Inter-Campus Raudhah Islamic School 2026 bukan sahaja berjaya mencapai matlamat penganjuran, malah meninggalkan kenangan indah buat semua yang terlibat. Program seperti ini diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai medium pembangunan sahsiah, kesihatan dan kebersamaan komuniti Raudhah Islamic School.
Unit Media Raudhah
9 February 2025