Raudhah Islamic School Logo
REGISTER NOW!

Dato’ Ustazah Siti Nor Bahyah sah Duta Raudhah Islamic School

Raudhah Islamic School dengan penuh rasa syukur dan sukacita mengumumkan pelantikan Dato’ Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood sebagai Duta Rasmi Raudhah Islamic School bagi sesi 2026.

Pelantikan tokoh pendakwah tersohor ini merupakan satu penghormatan besar buat seluruh warga Raudhah Islamic School. Ia selari dengan aspirasi sekolah dalam memperkukuh pendidikan berteraskan nilai Islam, pembentukan sahsiah unggul serta pembangunan generasi berilmu, berakhlak dan berdaya saing.

Dato’ Ustazah Nor Bahyah Mahamood dikenali sebagai figura yang konsisten menyampaikan dakwah penuh hikmah, kelembutan dan kebijaksanaan, khususnya dalam aspek kekeluargaan, pendidikan dan pembinaan jiwa. Keperibadian serta pengalaman beliau diharap dapat menjadi inspirasi kepada para murid, ibu bapa dan pendidik dalam membentuk ekosistem pendidikan yang holistik.

Sebagai Duta Rasmi, Dato’ Ustazah Nor Bahyah Mahamood akan berperanan menyokong misi dan visi Raudhah Islamic School melalui penglibatan dalam program-program pendidikan, motivasi serta aktiviti pembangunan komuniti sekolah.

Pihak Raudhah Islamic School amat berharap pelantikan ini dapat membawa impak positif yang berterusan, sekali gus memperkukuh komitmen kami dalam melahirkan generasi holistik yang cemerlang di dunia dan akhirat.

Semoga kerjasama ini diberkati Allah SWT dan menjadi pemangkin kepada kecemerlangan pendidikan Islam pada masa hadapan.