Raudhah Islamic School Logo
REGISTER NOW!

OPEN DAY 3.0 RIS SEMENYIH 2025

Alhamdulillah, Open Day 3.0 Raudhah Islamic School (RIS) Vista Valley yang telah berlangsung pada Sabtu, 1 November 2025 mencatatkan sambutan yang sangat menggalakkan daripada para ibu bapa dan komuniti sekitar Semenyih. Program tahunan ini berjaya menarik kehadiran pengunjung yang hadir untuk mengenali lebih dekat sistem pendidikan dan budaya sekolah di Raudhah Islamic School (RIS) Semenyih.

Dengan tema “Discover, Engage, Enroll”, program kali ini memberi peluang kepada ibu bapa untuk melihat sendiri fasiliti dan kakitangan RIS Semenyih serta mendapatkan info dengan lebih lanjut bagaimana RIS mendidik pelajar menjadi insan seimbang dunia dan akhirat.

Objektif Open Day 3.0: Memahami Visi & Pendekatan Pendidikan Raudhah Islamic School

Penganjuran Open Day 3.0 bertujuan memperkenalkan falsafah pendidikan Raudhah Islamic School yang berasaskan pendidikan holistik, berteraskan nilai Islam dan selaras dengan kurikulum kebangsaan.
Melalui sesi taklimat, lawatan sekolah dan perbincangan bersama guru-guru, ibu bapa dapat memahami dengan lebih mendalam bagaimana RIS melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, tetapi juga berakhlak, berdisiplin dan berkeyakinan tinggi.

Acara dimulakan seawal jam 9.00 pagi dengan ucapan aluan daripada Guru Besar Raudhah Islamic School Semenyih, Encik Mohd Hafizullah bin Yatim, yang menekankan pentingnya kolaborasi antara sekolah dan ibu bapa dalam membentuk persekitaran pendidikan yang positif.

Beliau turut berkongsi tentang halatuju RIS sebagai sekolah Islam swasta yang progresif, dengan penekanan terhadap integrasi ilmu duniawi dan ukhrawi, serta pembinaan karakter pelajar melalui aktiviti berstruktur dan bimbingan nilai.

raudhah islamic school

Sesi berikutnya diteruskan dengan slot penerangan dan hala tuju murid tahun 6. Slot ini disampaikan oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum, Encik Ridhwan Gol bin Amin Gol dan Ustazah Izyana Najwa binti Ismail selaku Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Sesi ini dihadiri oleh sebahagian ibu bapa dan murid tahun 5 dan 6. Mereka hadir untuk mendapatkan gambaran awal dan prosedur-prosedur yang perlu dilalui untuk anak-anak mereka meneruskan pengajian di peringkat menengah kelak.

Walaupun terdapat beberapa aktiviti ringan untuk kanak-kanak, fokus utama tetap diberikan kepada penerangan ini, yang menjadi sebab utama kehadiran ramai ibu bapa ke acara ini.

Hubungan Komuniti dan Sokongan Ibu Bapa

Open Day 3.0 juga menjadi platform memperkukuh hubungan antara pihak sekolah dengan komuniti sekitar Semenyih. Ramai ibu bapa yang hadir menyatakan rasa kagum terhadap suasana sekolah yang teratur dan kondusif, serta keramahan warga kerja RIS yang menyambut tetamu dengan senyuman dan penuh profesionalisme.

Ramai pengunjung turut mengambil peluang meninjau ruang kelas, surau, tandas, kantin serta kawasan-kawasan lain di sekitar sekolah. Mereka dapat melihat sendiri bagaimana persekitaran fizikal dan budaya sekolah memainkan peranan penting dalam mencorak suasana pembelajaran yang menyeronokkan.

Tawaran Istimewa & Hadiah Eksklusif

Sebagai penghargaan kepada ibu bapa yang membuat pendaftaran atau bayaran booking semasa Open Day, pihak sekolah telah menawarkan set pakaian eksklusif Raudhah Islamic School secara percuma, bernilai RM60.

👕👖 Sehelai T-shirt Sehelai Seluar Rasmi Raudhah
⛱️ Set Payung Eksklusif Raudhah (Stok terhad)

Tawaran ini mendapat sambutan hangat sehingga ramai ibu bapa mengambil peluang mendaftar terus di kaunter pendaftaran pada hari yang sama.

Komitmen RIS untuk Masa Depan Anak-Anak

Kejayaan penganjuran Open Day 3.0 bukan sahaja menunjukkan minat tinggi masyarakat terhadap pendidikan Islam, tetapi juga membuktikan bahawa Raudhah Islamic School Semenyih semakin mendapat kepercayaan sebagai institusi pendidikan pilihan utama.
RIS akan terus berusaha meningkatkan kualiti pengajaran, melatih guru dengan kemahiran terkini, serta memastikan setiap pelajar mendapat pengalaman pembelajaran yang terbaik.

Sertai Keluarga Raudhah Hari Ini!

Bagi ibu bapa yang tidak sempat hadir ke Open Day 3.0, pendaftaran untuk sesi persekolahan 2026 masih dibuka!

raudhah islamic school

Jemput datang ke kampus kami di Vista Valley, Semenyih untuk sesi lawatan atau perbincangan bersama pihak pentadbiran sekolah. Anda juga boleh mendaftar anak-anak secara atas talian melalui laman rasmi sekolah.

Raudhah Islamic School (RIS) Semenyih – Di Sini Bermulanya Generasi Raudhah!
📞 Hubungi kami di 012-269 2600
🌐 Layari: https://raudhahislamicschool.com/