Pencapaian keseluruhan bagi UPSRA 2024 menunjukkan keputusan yang amat membanggakan, di mana seramai 6 orang pelajar memperoleh keputusan Mumtaz (9A dan 8A), manakala 5 orang pelajar memperoleh keputusan Jayyid Jiddan. Secara keseluruhan, terdapat 11 orang calon yang menduduki peperiksaan ini, dengan Gred Purata Sekolah (GPS) mencatatkan 1.32, iaitu GPS terbaik yang pernah direkodkan oleh sekolah.
Tahniah Warga Raudhah
Kejayaan ini adalah bukti kepada usaha gigih para pelajar sepanjang tahun pembelajaran, serta sokongan yang kukuh daripada para guru dan ibu bapa yang sentiasa memberi dorongan dan bimbingan tanpa henti.
• Guru-guru yang berkorban masa dan tenaga dalam memastikan setiap pelajar mencapai tahap penguasaan yang terbaik
• Ibu bapa yang sentiasa menyediakan sokongan moral dan spiritual
• Pelajar yang berdedikasi dan berdisiplin dalam menghadapi peperiksaan
Semoga usaha semua pihak ini menjadi amalan yang diberkati dan dibalas dengan kejayaan berterusan.
Komitmen Terhadap Kecemerlangan
Keputusan gemilang ini mencerminkan komitmen Raudhah Islamic School dalam melahirkan generasi berilmu yang kuat pegangan agama serta berakhlak mulia. Pendidikan agama merupakan asas utama pembentukan sahsiah dan jati diri Muslim yang unggul, dan kejayaan ini menjadi satu bukti kukuh terhadap keberkesanan pendekatan pendidikan yang diterapkan di sekolah.
Doa Untuk Masa Hadapan Cemerlang
Semoga kejayaan ini menjadi sumber inspirasi kepada para pelajar untuk terus berusaha dan meningkat kecemerlangan pada masa hadapan, bukan sahaja dalam pendidikan agama tetapi dalam semua bidang yang diceburi. Pihak sekolah sentiasa mendoakan agar seluruh pelajar Raudhah Islamic School terus melakar kejayaan lebih besar, in shaa Allah.
Tahniah sekali lagi kepada semua pelajar UPSRA 2024 serta para pendidik dan ibu bapa yang menjadi tulang belakang kepada kecemerlangan ini.