Raudhah Islamic School Logo
REGISTER NOW!

Sambutan Maulidur Rasul 2025 Meriah di Raudhah Islamic School Kajang

Kajang, 4 September 2025 – Raudhah Islamic School Kajang telah mengadakan sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah dengan penuh meriah dan bersemangat pada tahun ini. Program yang bertemakan “Meneladani Akhlak Rasulullah, Membentuk Generasi Rahmatan Lil ‘Alamin” itu bertujuan menyemai rasa cinta dan penghargaan terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW dalam kalangan murid serta warga sekolah.

Majlis dimulakan dengan perarakan selawat yang diketuai oleh para guru dan disertai oleh semua pelajar dari pelbagai peringkat umur. Suasana menjadi gamat dengan laungan selawat yang bergema di sekitar kawasan sekolah, menandakan semangat dan kecintaan warga Raudhah terhadap Rasulullah SAW.