Raudhah Islamic School Logo
REGISTER NOW!

SIGNING CEREMONY RAUDHAH ISLAMIC SDN. BHD. 2026

Raudhah Signing Ceremony 2026

Signing Ceremony Raudhah Islamic Sdn Bhd 2026 telah berlangsung dengan penuh makna pada Sabtu, 20 Disember 2025 bertempat di Tenera Hotel & Suites, Bangi, Selangor. Program ini menghimpunkan seluruh entiti di bawah Raudhah Islamic Sdn Bhd merangkumi Raudhah Islamic School, Raudhah Montessori Centre dan Raudhah Children Centre dalam satu majlis yang sarat dengan semangat penghargaan, komitmen dan hala tuju masa hadapan.

Majlis ini dianjurkan bagi meraikan kecemerlangan para guru yang menjadi tunjang kejayaan organisasi, di samping sesi menandatangani kontrak baharu bagi tahun 2026 sebagai simbol kepercayaan dan kesinambungan kerjasama antara pihak pengurusan dan warga pendidik. Turut diadakan penyampaian token penghargaan kepada guru-guru yang telah menamatkan kontrak sebagai tanda terima kasih atas jasa, dedikasi dan sumbangan mereka sepanjang tempoh perkhidmatan. Selain itu, Pelancaran Buku Panduan Kerja oleh Tuan Pengerusi juga diadakan. Buku ini akan menjadi rujukan utama kepada semua kakitangan di syarikat ini.

Kemuncak majlis pastinya penyerahan sebuah kereta BMW model X3 kepada Sir Ridhwan sebagai penghargaan atas khidmat bakti hampir sedekad bersama Raudhah Islamic Sdn Bhd. Penganugerahan ini bukan sekadar simbol ganjaran, tetapi cerminan budaya organisasi yang menghargai kesetiaan, komitmen dan prestasi jangka panjang. Secara keseluruhan, Signing Ceremony ini menjadi penanda aras penting dalam memperkukuh nilai kebersamaan serta menyuntik motivasi untuk semua kakitangan bagi melangkah lebih cemerlang dalam menghadapi tahun 2026.