Tarikh Penting PKSK 2026 / 2027
Permohonan atas talian: 1 Ogos – 7 September 2025
Semakan pusat ujian PKSK (Tingkatan 1): 12 September – 17 Oktober 2025
Pelaksanaan ujian PKSK (Tingkatan 1): 6 Oktober – 17 Oktober 2025
Keputusan tawaran kemasukan: 26 Disember 2025
Tempoh rayuan: 26 Disember 2025 – 13 Januari 2026
Keputusan rayuan: 6 – 10 Februari 2026
Pendaftaran pelajar yang berjaya: 13 Januari 2026
Cara Semakan PKSK Tingkatan 1 (2026)
Berikut langkah-langkah yang boleh diikuti:
- Semakan pusat ujian
Semasa tempoh 12 September hingga 17 Oktober 2025, semak lokasi pusat ujian, tarikh dan masa ujian melalui portal spskt1.moe.gov.my - Hadiri ujian PKSK
Pada tarikh yang ditetapkan (6 – 17 Oktober 2025), hadir ke pusat ujian dengan dokumen yang diperlukan seperti kad pengenalan, surat panggilan ujian, alat tulis, dan ikut arahan ujian. - Semakan keputusan tawaran
Keputusan tawaran akan diumumkan pada 26 Disember 2025. Semakan boleh dibuat melalui portal spskt1.moe.gov.my
Jika anda berjaya, cetak surat tawaran & arahan pendaftaran apabila dibenarkan. - Rayuan jika tidak berjaya
Jika tidak tersenarai dalam tawaran, anda boleh membuat rayuan dalam tempoh 26 Disember 2025 hingga 13 Januari 2026 melalui portal yang sama.
Keputusan rayuan dijangka diumumkan antara 6 – 10 Februari 2026. - Pendaftaran murid yang berjaya
Jika mendapat tawaran, pendaftaran ke sekolah khusus (Tingkatan 1) akan dibuat pada 13 Januari 2026